Assalamualaikum dan salam sejahtera:
Sejak beberapa hari nie.. Issue berkenaan Lynas Malaysia yg beroperasi di Gebeng makin hangat..
Terbentuk nyer committee yg akan review blk operasi Lynas.
LYNAS – lubuk rezeki kakak kami…
2013 – kakyong inform dpt buat latihan industry di sini dan sehingga hari nie kyong msh berkhidmat di Lynas..
Kami adik beradik sedikit banyak terplait dengan isu lynas.. manakan tidak..sedikit sebanyak rezeki kakyong di kongsi bersama kami.. duit belanja aku tiap tiap bulan duit simpanan adik nak masuk university.. itu belum msk duit ngade2.. yong, nak duit bayar ni.. nak duit bayar tuh..nak duit beli ni.. nak duit nak belanja makan best2 dengan kawan2.. advance lg.. aku tahu bukan aku jerrr.. adik2 yg lain pun die tolong.. mak ayah aku pun die tolong.. duit yong ialah duit die kerja bertahun dengan Lynas.. kami merasa juga dengan rezeki yong.. alhamdulillah..terima kasih kakyong.. terima kasih juga Lynas Malaysia..
Lynas bahaya ke?
Ape pendapat semua mengenai lynas? ape yang kalian tahu mengenai Lynas Malaysia?
pernah ajukan soalan ini pada kak yong.. apa org takut sangat dengan Lynas nie? adalah sedikit sebanyak aku tanya kakyong.. panjang sangat nak hurai.. korg bace sendiri ye.. yg penting korang kena tahu Lynas nie Kilang chemical macam kilang chemical biasa.
Sebenarnye kakyong dan suami die dua2 menacri rezeki disitu.. Dan sekarang aku terfikir jika berlaku nya penutupan macam mana nasib family pekerja mereka.. Ape nasib keluarga kakyong dan abg ipar aku? Anak sedara aku? Bantuan yg meringankan sedikit beban mak ayah aku? satu penipuan jika aku seorang adik tak pernah terfikir apa yang berlaku terhadap nasib seorang kakak yang banyak membantu adik adiknya.
Abg ipar aku designer dan die pulak dulu buat logistics.. Sekarang aku dengar die buat sales.. macam tak percaya sebuah company yg gah.. suh kakyong buat sales / customer service.. Selalu nyer dengar bangsa Cina yg byk buat sales atau customer service kan.. ye laaa Lynas bukan jual barang kat Malaysia.. customer die all around the world.. tapi tak tahu la die buat sales mcm mane.. tak pernah tanya.. tapi nampak tak macam mana Lynas Malaysia memberi peluang dan ruang pada pekerja dia.. Lynas Malaysia namapk dan menilai dgn baik pekerja mereka... nape ak ckp mcmni? Sbb kakak aku mmg seorang yang sangat komited dengan kerja die.. aku nmpk lynas pun nmpk.. semoga kakak aku sentiasa istiqamah dlm melakukan tugas dan keje die.. niat kakyong dari dlu smpai skrg niat keje untuk bantu adik2.. dari dia bujang anak dara sampai anak satu.. penah tanya dia tak nak cari peluang lain? Kata nye dia masih belajar and Lynas Malaysia adalah tempat belajar.. tempat cari rezeki.. tempat die bertemu jodoh.
Baru aku faham apakah kebimbangan rakyat sebelum ini hanya sekadar cerita kosong tanpa mengetahui apakah KESELAMATAN STANDARD ANTARABANGSA yang pasti semua pekerja lynas tahu mengenai keselamatan standard antarabangsa ini. Pernah jgk dgr org ckp klu duduk lynas nnt mandul.. Jika benar laa berbahaya kepada janin sepeti yang dinyatakan.. tidak lah kakak saya mendapat zuriat dan sarat mengandung semasa dia bekerja di lynas. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku, sedangkan kak yong bekerja di dalam plant lynas. Aku pernah marah kak yong sebab membuat keputusan meneruskan kerja dengan lynas pada 2013.
Namun setelah berada dalam kalangan mereka baru aku faham mengapa mereka bersetuju untuk terus bekerja dengan Lynas. Bukan sahaja kerana jumlah gaji yang agak tinggi ditawarkan malah keselamatan mereka tidak terjejas sama sekali. Tidak wajar jika mereka bekerja hanya semata mata kerana gaji lumayan. Tidak kah anda fikir ADAKAH MEREKA SUKA SESUATU MENIMPA DIRI ATAU KELUARGA?? MENEMPAH MAUT DAHULU?? Tidak… kerana itu mereka ambil tahu adakah selamat mereka bekerja di sana. Mereka semua bijak dan pandai semestinya tahu mana baik dan buruk. Setelah sekian lama diam Lynas beroperasi dan tiada sebarang masalah berlaku. Kenapa perlu timbul semula issue berkenaan dengan lynas ini?? Rakyat Malaysia masa kini juga sudah bijak dalam menilai buruk dan baik. Sudah lama Lynas beroperasi kenapa perlu timbulkan semula isu ini.
Semoga Lynas Malaysia akan terus maju.. dan dijauhkan dari segala ancaman dan pandangan negative dari sesetengah individu atas sebab kepentingan diri ..
Semoga Lynas terus mendapat bertahan di gebeng kuantan.
Lynas Malaysia dlm doa ku...